BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 20, 2009

Sering Terasa

Sering terasa..
Sering terluka..
Sering terkilan rasa hati..
Sebenarnya terasa diri hanyalah teman di waktu tiada teman..
terasa diri hanyalah sekadar mengisi kekosongan masa..
Sebenarnya diri sering dilupakan..
Hanya diperlukan pada masa tertentu sahaja.. tapi, ye ke??
entah-entah sebenarnya memang tak diperlukan..cuma sekadar tidak mahu mengecewakan hati yang memang dah lama kecewa..mungkin juga sekadar menjaga hati dan perasaan kerana tidak mahu dituduh bertindak kejam..
Saban waktu luka makin parah sebenarnya..cuma ia tidak memudaratkan sehingga terpaksa dibuang sebahagiannya..
Rasa takut..mungkin suatu masa nanti rasa madu itu akan menjadi pahit jadam..rasa takut rasa gula menjadi sepahit hempedu..amat takut untuk membayangkan kemungkinan itu akan tiba suatu masa nanti..
Tapi kenapa..walau sering dilukakan..sering menangisi..tapi hati itu tidak pernah serik untuk menghulur walau huluran itu tidak bersambut sebenarnya..
Mungkin kesedaran itu akan tiba setelah segalanya terlambat...
Jauhkan aku daripada duka nestapa Ya Robb..
wallahua'lam..

Kasih sayang itu menghidupkan jiwa yang telah mati..kasih sayang juga boleh mematikan jiwa yang masih hidup.. tapi kerana dia... semuanya bermakna.. segalanya bererti.. dia yang semakin memahami.. dia yang semakin membelai.. dan yang nyata dia memberi erti yang sangat besar... "Hadirmu satu anugerah"

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Tiba-tiba badan rasa seram sejuk..menggigil..menggeletar..tak tau kenapa..mungkin kerana hati terlalu walang..teramat pedih..sangat2 sakit..sebenarnya dia tak pernah yakin..tak pernah percaya..tak pernah merasa..walau apapun yang kulakukan, tak pernah nampak ikhlas di matanya..apa yang jelas di matanya, aku inginkan kemenangan..aku yg pentingkan diri..kadang2 aku rasa ingin menjerit..tapi tak tau untuk apa dan pada siapa..aku amat payah untuk melakukan apa saja untuk seseorang melainkan orang yg kusayang sepenuh hati..wang ringgit bukan masalah bagiku sebab duit boleh dicari..tapi dlm hidup ini aku hanya memerlukan orang yang boleh menyayangiku seikhlas hati..inilah bahayanya bila hati terlalu menyayangi..payah untuk aku kawal diri..kenapa mesti dia tawar hati di saat kedua-dua hati telah saling menyayangi? melainkan sejak awal lagi dia memang tidak pernah menyayangiku tetapi hanya berpura-pura..tapi kenapa mesti dia?? bila tiap kali aku melihat kembali video2 rakaman, hatiku meruntun hiba..sebab apa yang ku lakukan untuk dirinya, lahir dari sudut hatiku yg paling dalam..aku tak nak bersaing dgn sesiapa..aku tak nak tahu dgn siapa dia berhubung@mesej sebab aku tak mahu hidup dalam cemburu..aku takut aku tak mampu mengawal cemburu hingga menyakiti hatinya..aku tak tahu nak meluah pada siapa lagi betapa kecewanya aku..betapa hatiku terhiris..sebenarnya dia tak pernah faham isi hatiku..dia tak pernah memahamiku..
Bagiku, semalam tidak pernah berlalu..aku hidup ditemani kenangan-kenangan bersama-samanya..mungkin dia tidak lagi mahu mengenang itu semua sebab aku sudah tidak penting baginya lagi..sebab aku tahu dia takkan nampak..mungkin selamanya takkan nampak..
walau apapun yang dia dah lakukan, walau hancur camanapun hati ini, aku tetap tidak dapat berganjak daripada terus menyayanginya..sejak dulu hingga kini..dan insyaAllah selamanya dia tetap di hatiku..sebab aku tahu hatiku tulus sejak dulu..walaupun dia tak pernah merasa.. meskipun aku sememangnya tak pernah layak di sisinya, namun hati ini tetap mahu mempertahankan perasaan ini.. aku masih pepasir di pantai..tetap di situ..menanti..perasaan itu tak pernah terpadam.. Ya Allah, berikan aku kekuatan..tunjukkan aku jalan..

Antara cinta dan persahabatan andai ku diberi pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya akan kupilih kedua-duanya kerana ia sama bererti dan bernilai bagiku.

Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya kerana di sebalik keindahan cinta itu tersirat seribu kepahitan pastinya kan merentap kedamaian jiwa seorang pecinta setia tatkala ikatan diundang kekecewaan.

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa yang punya hati dan perasaan. Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini tak terungkai dengan bicara di bibir, tak tergambar dengan lakonan.
Begitu syahdunya kurniaan Ilahi yang lahir dari hati seorang insan berakal, beremosi, penyayang dan berperasaan.

Persahabatan suatu ikatan yang lahir dari hati, keinginan yang ikhlas bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban.
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya tentang impian dan pengertian hidup ini.
Persahabatan yang murni dan suci adalah sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran, diwarnai dengan keikhlasan, dicurahi dengan kasih saying yang sejati.

Teman yang budiman..mengertilah maksudku ini. Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku sejak perkenalan kita.
Kita bina tugu persahabatan yang dipagari besi kedewasaan, yang teguh berdiri megah di laman hati kita..tak tumbang dek rintangan dan hanya satu pintaku agar dikau sentiasa mengingati diriku

Dia tidak pernah yakin...sedangkan dari dulu hingga kini aku amat yakin dia tidak akan sekali-kali membuang aku jauh-jauh.. jelaslah dia tidak pernah yakin denganku...perasaan sayangnya tidak kuat untukku.. gementar..menggigil.. berpeluh.. semua bersatu menjadi satu.. kecewa.. terkilan.. hampa.. luka yang amat dalam semua bergabung menjadi duri dalam tiap urat nadiku.. aku masih di sini.. buat salamanya.. meskipun hadirku tak bererti buatmu, tapi aku masih di sini.. selamanya tetap di sini.. sebab aku tidak pernah mampu membuang atau membenci orang yang amat kusayang.. kerna kasihku tulus..sepenuh hati.. aku yakin dengan diriku..tapi dalam masa yang sama aku amat terluka.. biar berapa dalam pun luka itu, aku tetap berdiri di tepi pantai..merenung kejauhan.. kerna di tengah-tengah laut itu terhimpun semua kenangan dan bayangan antara aku dan dia.. rembulan setia menemaniku dengan rangkulan air mata... aku tidak mampu memilih kerana keduanya aku amat sayang.. aku takkan buang salah seorang.. tapi dia membuat pilihan..dan yang pasti, aku bukan pilihan...
DIA TIDAK PERNAH YAKIN SEBAB AKU TIDAK LAYAK UNTUKNYA
"Mungkin memang aku bukan untukmu..."